Pasukan Lazip menunggu di Stadium Olimpio Rome untuk aksi Serie A menentang Torino sebelum ditangguhkan akibat larangan Jabatan Kesihatan ke atas pasukan Torino yang disahkan positif Covid-19.

MILAN – Gara-gara lapan pemain dalam skuad pertama Torino disahkan positif Covid-19, perlawanan Serie A Itali antara Lazio dan Torino yang sepatutnya berlangsung malam tadi terpaksa ditangguhkan.

Lazio telah tiba awal ke stadium neutral Turin untuk sesi memanaskan badan sebelum perlawanan bermula.

Bagaimanapun Torino gagal muncul sehingga minit terakhir ke Stadium Olimpico di Rom setelah jabatan kesihatan memerintahkan kesemua 11 pemain dalam skuad itu dikuarantin tujuh hari kerana dikesan positif pandemik.

Malah kelab itu dilarang meneruskan perjalanan ke stadium Olimpico Rome bagi menghadapi perlawanan berdepan Lazio.

Serie A berdegil mahu aksi itu diteruskan.

Lazio menduduki tempat ketujuh dalam carta Serie A manakala Torino sedang bergelut untuk keluar dari Zon Penyingkiran liga Serie A musim ini.

Di bawah peraturan Serie A, Lazio akan diberikan kemenangan percuma 3-0 untuk aksi menentang Torino pada Selasa dengan Torino akan berdepan pemotongan satu mata.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast