Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail

PETALING JAYA – Masalah keganasan rumah tangga  tidak akan selesai hanya dengan menganjurkan kursus karate dalam kalangan kaum wanita.

Sebaliknya menurut bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, masalah berkenaan boleh ditangani dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang.

“Itu (kelas karate) bukan penyelesaian, tidak akanlah kita berlawan pula dalam rumah tangga. Cadangan itu tidak sesuai,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR ketika sidang media selepas Sambutan Hari Wanita Sedunia di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie semasa menyampaikan ucapan pada perhimpunan agung parti itu mahu sayap parti itu mengadakan kelas karate secara maya bagi meningkatkan keupayaan mempertahankan diri wanita seterusnya mengelak menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Sehubungan itu, Wanita MCA akan bekerjasama dengan Persekutuan Karate Malaysia dan pelbagai pertubuhan Cina, untuk mengadakan kelas latihan karate secara percuma secara maya bermula 12 hingga 20 Mac ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast