Beberapa langkah telah diambil bagi menangani isu kenaikan kos bahan binaan di negara ini.- Gambar hiasan.

KUAKA LUMPUR – Beberapa langkah telah diambil bagi menangani isu kenaikan kos bahan binaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau berkata, langkah pertama dengan mengadakan beberapa sesi libat urus bersama pemain industri untuk memperhalusi perkara tersebut.

“Hasil daripada sesi libat urus bersama industri, Kementerian Kerja raya telah mengemukakan cadangan untuk mewujudkan semula peruntukan syarat perubahan harga.

“Kedua, melaksanakan pemantauan harga bulanan dan menerbitkannya melalui Portal National Construction Cost Centre.

“Harga bahan binaan ini dikumpulkan melalui kerjasama dengan beberapa persatuan berkaitan pembinaan dan diperoleh daripada kontraktor. Aktiviti pemantauan telah dilaksanakan semenjak tahun 2002,” katanya semasa pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darrel Leiking (Warisan) yang bertanya langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengawal harga bahan-bahan pembinaan yang mengalami peningkatan harga mendadak.

Mengulas lanjut, Arthur berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kenaikan harga bahan binaan seperti pasir dan besi bertetulang yang ketara mengikut lokaliti setempat.

“Dan ini turut memberi kesan kepada Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam kumpulan atau sub-kumpulan wajaran tertentu serta menjejaskan kelancaran pembinaan projek-projek kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast