Ramli Mohamed Yoosuf (tengah)

KUANTAN – Sebanyak 6,388 laporan kes jenayah komersial direkodkan di negeri ini dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah kes tersebut  tinggi berbanding kes jenayah lain yang dilapokan sebanyak 2,478 kes dalam tempoh tersebut.

Kuantan menyaksikan daerah paling tinggi kes tersebut dengan 609 kertas siasatan.

“Kadar pertuduhan jenayah komersial mengikut daerah bagi tempoh dari awal tahun sehingga Julai lalu sebanyak 588 kes.

“Daerah Kuantan merupakan penyumbang utama dalam pertuduhan iaitu sebanyak 236 kertas siasatan yang telah dituduh daripada 609 kertas siasatan dibuka,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Jelas Ramli, rekod kerugian adalah sebanyak RM31,405,010.21 berbanding tempoh sama pada tahun 2021 iaitu RM25,012,584.46, yang  mana peningkatan sebanyak RM6,392,425.75 (25.6%).

Daripada jumlah tersebut, jelas menunjukkan trend jenayah tersebut menaik berbanding tahun sebelumnya.

“Hal ini amat membimbangkan dan kesedaran secara berterusan kepada masyarakat perlu dipertingkatkan oleh semua agensi berkaitan,” katanya.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan informasi mengenai modus operandi terkini sindiket penipuan melalui pelbagai platform media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast