foto - Bernama

KUANTAN – Tiga butir bom lama dipercayai milik tentera ditemukan di kawasan lapang di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Semambu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, bom itu dijumpai oleh pekerja pembinaan kawasan perumahan berhampiran, yang kemudiannya menghubungi polis pada 9 pagi.

“Skuad pemusnah bom dikejarkan ke kawasan itu dan siasatan mengesahkan bom tersebut ialah bom lama yang digunakan dalam latihan ketenteraan.”

“Bom itu juga disahkan tidak berada dalam keadaan berbahaya kepada penduduk,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Aziz menambah bom itu telah dibawa pulang untuk dimusnahkan semalam. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast