LONDON – Manchester City kembali bernafsu memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila membelasah West Ham 4-0 di Stadium London, awal pagi tadi.

Anak buah Pep Guardiola kini ketinggalan 10 mata daripada pendahulu liga, Chelsea yang mengutip 56 mata daripada 23 perlawanan

City berkongsi mata dengan Liverpool yang menduduki tangga keempat dan dibezakan dengan jumlah jaringan apabila kekal di tangga kelima liga dengan mengutip 46 mata.

Dalam perlawanan itu, Kevin De Bruyne memulakan pesta gol pelawat seawal minit ke-17 sebelum David Silva membantu City untuk terus berada di depan apabila merembat masuk hantaran Leroy Sane pada minit ke-21.

West Ham terus dihambat kekecewaan apabila pemain baharu City, Gabriel Jesus meledak gol pertamanya untuk kelab, enam minit sebelum tamat babak pertama.

Gol keempat City hadir menerusi sepakan penalti Yaya Toure pada minit ke-67. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast