Foto Facebook KDA FC.

KUALA LUMPUR – Kedah Darul Aman (KDA) FC berjaya mengikat bekas penggempur berbisa Liga Malaysia (Liga M), Ifedayo Olusegun untuk baki musim 2023 dalam usaha menambah sengat di jentera serangan kelab itu.

Berita itu itu diumumkan skuad Kenari menerusi satu kenyataan di Facebook yang mengesahkan pemain itu berstatus ejen bebas selepas tidak terikat dengan mana-mana pasukan tahun ini.

Pemain berusia 32 tahun itu memiliki kerakyatan Bahrain dan bakal didaftarkan sebagai pemain kuota Asia pasukan terbabit.

“Kelibat Ifedayo tidak asing di Liga Malaysia. Dengan pengalaman bersama FELDA United, Melaka dan Selangor antara faktor pilihan pengurusan memudahkan beliau untuk segera mencari keserasian dengan rakan sepasukan di kem Sang Kenari.

“Reputasinya jelas mengagumkan apabila dinobat selaku pemegang Kasut Emas bagi dua tahun berturut-turut, penjaring terbanyak Liga Super di musim 2020 dan 2021 dengan jumlah 38 gol (12 gol musim 2020, 26 gol musim 2023), sehingga digelar ‘King Dayo’ ketika bersama Selangor FC,” tulis KDA FC. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast