SPRM ventilator
Muhamad Akmal Salleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh mendesak beberapa persoalan perlu dijawab berhubung isu pelepasan seorang pelawat China daripada tahanan Jabatan Imigresen selepas campur tangan seorang menteri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, persoalan terbabit perlu diketahui agar faktar sebenar diketahui oleh rakyat.

“Adakah notis NTL (not to land) telah dikeluarkan ke atas individu yang ditahan atas faktor dokumen tidak lengkap? Jika notis NTL itu telah dikeluarkan, adakah ia ditarik balik setelah campur tangan pihak ketiga?

“Dan jika ditarik balik, atas faktor apakah ia ditarik balik? Adakah dari kesilapan pegawai yang mengeluarkan notis NTL sebelum itu? Atau pun secara tiba-tiba dengan campur tangan pihak ketiga menjadikan dokumen individu ditahan itu terus menjadi lengkap?” soal beliau.

Sementara itu Dr Muhamad Akmal bertegas, setiap menteri perlu mengetahui bidang kuasa masing-masing.

Justeru, katanya, menteri terbabit sewajarnya membawa isu amalan rasuah ke oleh pegawai imigresen di bawa ke Kabinet.

“Dan sekiranya ada sekali pun unsur-unsur rasuah, menteri seharusnya mempunyai banyak cara dan yang paling berkesan adalah boleh terus berhubung dengan menteri Kementerian Dalam Negeri dan bawa ke dalam mesyuarat Kabinet.

“Bukan masuk dan marah sesuka hati pegawai yang sedang bertugas dan menuduh pegawai tanpa bukti yang kukuh. Mereka juga ada hati dan perasaan yang perlu dijaga,” kata Dr Akmal.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu bertegas, isu yang dibangkitkan beliau berdasarkan fakta.

“Kami bercakap atas fakta bukan merepek dan buat tuduhan sesuka hati tanpa bukti yang kukuh. Kamu kena ingat, kamu adalah menteri bukan penjual bak kut teh,” katanya.

Sebelum itu Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Tiong King Sing menuntut permohonan maaf daripada Dr Akmal.

Ini selepas Akmal menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan terhadap beliau atas tuduhan menyalahgunakan kedudukan dengan melanggar protokol keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada hari Khamis.

King Sing  mendakwa terdapat unsur salah guna kuasa dan rasuah berhubung kejadian penahanan seorang pelawat China oleh pegawai Jabatan Imigresen.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

27 Komen

  1. Ketua UMNO ni umpama parasit. MENTERI tu ada dan faham KUASA dia… kau tu jangan menyokong “Perasuah Negara”… KAU perlu tanya ZAHID HAMIDI sebelum memandai Komen. KAU ada masyukkk ke?

    • Eh! Yang kau panas pehal? Apa kuasa MENTERI Pelancongan dalam hal Imigresen yang dlm bidang kuasa MENTERI KDN? Jangan la tunjuk bebal sgt kat rakyat.

    • Hatabenross, sebelum melompat nak menyalahkan org lain faham dulu kuasa yg ada pd sesaorang menteri tu, jgn main terjah aje. Awak tu perlu belajar
      lagi, klu nak komen dan babitkan Zahid nampak sangat bahalulnya awak tu. Saya pun tak terfikir ada juga org macam awak pd zaman ini.

    • nampaknya macai PH ni dah mula melalut…cuba menteri tu dr kalangan Umno…mesti ko akan menuduh yg bukan2…betul la dia ckp..sbagai menteri bukan itu caranya menyalak memarahi org lain tanpa usul periksa…kenapa menteri tu kalut sgt bila babitkan warga china tu? what so special ngn warga china tu?

    • betul sangat . menteri UMNO tak boleh bongkar rasuah . patutnya kena buat rasuah baru betul .

    • ko tu parasit, duk pertahan kan menteri cap ayam tu, dia tu menteri pelancongan tak ada hak msuk cmpur kementerian lain.. ko dan menteri dua kali lima je.. klu bodoh tak pyh nak komen, klu nak jadi penjilat tu biar bertempat.. aku sokong apa yg di perkatakan oleh YB Ketua pemuda UMNo, itu lah klu bgi kpd mnusia yg bodoh jadi menteri, klu pm ada prinsip,sila pecat menteri cap ayam tu.

  2. Itulah jadinya bila buat ulasan tanpa usul periksa.
    Tentu ada sebab kenapa menteri bertindak sedemikian rupa.
    Malaysia ni memerlukan pegawai/petugas yg ramah mesra utk menarik pelancong asing datang.
    Diharapkan dimana-mana pintu masuk pelancongan seperti KLIA & pelabuhan feri di Johor, Melaka & Port Klang elok sangatlah diletakkan beberapa pegawai SPRM.

    • Soal pokok ialah begitu kah caranya nak benteras salah laku?Dia rasa besar sebab title Menteri.boleh redah suka hati.

      • dah layak lah menteri buat begitu. orang buat jahat patut dibalas dengan jahat juga . dah patut pun kena marah dan dapat malu itu . dah sesuai .

    • walau apa pun alasan dia, menteri tiada hak untuk campur urusan jabatan kerajaan yg bukan dibawah dia. Menteri kena tahu bidang tugas masing2.

  3. biar rakyat tahu apa yg sebenarnya berlaku. jgn disimpan dibawah karpet begitu saja

  4. Satu lagi publisiti murahan dari Akmal , cuba menari mengikut rentak …
    semua orang tahu

    • Biar lah dia nk bersuara pun. Engko ingat Malaysia ni tak ada undang2 ke. Dah salah tu mengaku salah lah. Simple. Ada aja agenda korang ya. Tak cukup dgn si kulasekaran dah kantoi. Masuk illegal berjuta, keluar sikit je. Nak membiak lah tu. Lepas tu play victim kata rasuah. Ntah2 tukang suap tu pun korang jgk. Mentang2 orang malaysia ni kaya dengan toleransi terus nak sabotaj. Dah bagi betis nak peha. Puihh

  5. Baru je jadi ketua pemuda umno…kalau menteri umno buat senyap je…tak kecoh pun.

    • dah lama pegawai sini buat duit cara begitu dah jadi tradisi dah . tak siapa berani masuk campur . untung lah ada menteri yang sanggup bekerja diluar tugas . demi kebaikan negara juga . sepatutnya rakyat memuji nya bukan mengkeji .

      • Tunjuk bukti dulu sebelum tuduh. Pukul rata pegawai je engko eh. Ko ingat non malay ni suci sangat ka ? Dalam construction bukan main sedap suap sana suap sini janji dapat job. Kanina

  6. jgn buat rumusan yg silap, kita tunggu laporan drp pegawai imigresen kelak. selepas itu baru lah komen panjang lebar ….. analogi nya bukan kerja menteri JKR pun nk kena jaga trafic light rosak itu kerja pengelia trafic light lah, rosak dia betul kan… analogi nya .. fikir2 kan .. kalau menteri nk buat kerja pengelia silaka. tp jgan lah select pulak….

  7. Kalau mcm tu lebih baik tugaskan Menteri di lapangan tersebut agar senang untuk beliau menangkap dan tak perlu ada Jabatan Imigresen.. Soalannya adakah beliau akan lompat turun dengan laju kalau libatkan pengunjung dari India atau Bangladesh dan sebagainya? Pernakah beliau melakukan perkara yang sama sebelum ini? Bila sebut saja Negara China,macam Superman lompat masuk laju. Kenapa ye? Dari mana beliau dengan lajunya dapat info dan adakah kemungkinan besar ada sebarang kepentingan ? Kenapa tidak ada coverage explanation dari pegawai yg bertugas, asyik Menteri saja buat statement? Kita mahu dengar dari dua pihak.

  8. Dr Akmal yang membawa gelaran Dr membuat tuduhan sebarangan untuk menarik perhatian tanpa mempedulikan masalah dihadapi negara. Sekarang Malaysia perlukan industri pelancongan untuk menstabilkan ekonomi negara yang lembab. Saya cukup sedih dengan prestasi Dr ini yang setanding YB Sanusi di Kedah.

  9. heran jugak….dengar kata bukan sekali ni je…sebelum sebelum ni pun menteri tu buat hal yg sama gak…mmmm….secara kebetulan ke dia ada kat situ…sesuatu sangat…

  10. SPRM kena bongkar isu 1.2 juta pelancong Cina tiada rekod keluar diikuti 1.3 juta MyKad dilapor hilang. Padahnya mesin cetak ringgit pun Made in China.

  11. Biarkan la sprm siasat, yg kita berjemaah sibuk sgt ni dah kenapa? nak dpt ‘political mileage’? Jgn risau la sebab PH/BN tetap juga menang PRN ni. Walaun PN jgn marah sgt la naaaa hahaha ..

    • Typical walanon. Cakap pasal political meleage konon. Padahal ayat last dia tu pun sama. Tak ada input pun komen walanon ni. Modal dia PN je lah. Sama macam taksubers walanon. Meratib rasuh rasuah. Padahal yang meratib tu jugak praktis bagi rasuah semata nak dapat job/result menyebelahi dia.

Comments are closed.