Sivakumar hadir berkempen untuk calon Dun Bukit Melawati, Thiban Subramaniam.

KUALA SELANGOR – Timbalan Setiausaha Agung DAP, V Sivakumar menaruh yakin calon Pakatan Harapan (PH) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, Thiban Subramaniam dalam memberi perkhidmatan yang baik di kawasan tersebut.

Katanya, Thiban berpengalaman dalam memperjuangkan nasib penduduk khususnya masyarakat India.

“Untuk makluman, Thiban juga merupakan seorang yang dikenali dalam kalangan usahawan muda kerana telah banyak membantu golongan ini ketika berkhidmat dengan kerajaan negeri selain unit diasaskan olehnya untuk bantu jana pendapatan melalui program transformasi ‘Sitham’,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Sivakumar bercakap dengan penduduk setempat di kuil Sri Mariamman Bukit Melawati.

Kata Sivakumar, beliau yakin rakyat negeri Selangor akan terus mengekalkan kerajaan negeri yang ada  demi kemajuan berterusan.

Bukit Melawati bakal menyaksikan persaingan dua penjuru Thiban yang juga Ketua Cabang Kuala Keadilan Kuala Selangor dan calon Perikatan Nasional (PN), Noorazley Yahya.

Penyandang kerusi DUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli bertanding di kawasan DUN Hulu Kelang bagi berhadapan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast