BENTONG – Kempen pembangkang didakwa tidak mendapat sambutan oleh masyarakat kaum India pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai kerana naratifnya yang disampaikan tidak konsisten dan berbaur sentimen.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bekata, situasi itu berbeza dengan kempen Kerajaan Perpaduan yang fokus terhadap agenda pembangunan dan hala tuju rakyat.
”Naratif pembangkang berbeza di setiap kawasan, nampak tidak ikhlas. Di kawasan penduduk yang ramai India cakap lain, di kawasan Melayu dan Cina lain.
”Pada pandangan saya, PN mengelirukan rakyat. Saya tak nak rakyat Pahang terkeliru dengan apa yang mereka bawa kerana ia budaya tidak sihat.
”Sepatutnya mereka bawakan apa yang patut buat. Tapi kalau mereka cakap tentang prestasi, mereka tak boleh buat kerana kerajaan negeri kita (Pahang) jauh lebih baik dari dengan negeri dia.” katanya.
Wan Rosdy berkata demikian ketika menyantuni hampir 300 masyarakat komuni India yakin sokongan daripada kaum itu akan terus diberikan kepada calon BN, Datuk Amizar Abu Adam pada PRK Pelangai nanti.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Pelangai pada 7 Oktober ini membabitikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, PN, dan bebas. – MalaysiaGazette
















