Ainul Asniera Ahsan
Arul Kanda bukan lagi pengerusi Bandar Malaysia – Johari
"Hakikatnya, Jawatankuasa Budiman tidak mengadakan mesyuarat sejak enam bulan lalu. Oleh itu, mana-mana laporan yang menyatakan ahli-ahli Jawatankuasa Budiman telah dilepaskan daripada tugas adalah salah dan berniat jahat untuk mengelirukan," kata Johari.
Ekonomi negara dijangka berkembang 4.5% tahun ini – IMF
Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata, permintaan domestik kekal menjadi pemacu bagi pertumbuhan eksport dan permintaan domestik.
Saya berkhidmat sebagaimana dikehendaki pemegang saham – Arul Kanda
Bagaimanapun, Arul yang juga Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata, beliau tidak menerima sebarang notis rasmi berkaitan penyingkiran tersebut, justeru tidak dapat mengulas lanjut mengenainya.
Beri peluang rakyat ada pendapatan kedua
"Bagaimanapun, di Malaysia, kebanyakan peluang pekerjaan kedua seperti menjadi pekerja di kaunter, diambil oleh pekerja asing kerana polisi pengambilan pekerja dalam kalangan warga luar tidak ada kawalan," kata Prof. Dr Zuhaimy Ismail
‘Saya tidak spot-check kantin’ – Abdul Wahid
Beliau yang mengakui pernah mendengar cerita itu secara berseloroh berkata: "Cerita itu timbul kerana kakitangan Maybank yang sebenarnya 'merasai kehadirannya di mana-mana".
Dagangan Malaysia lepasi RM80 bilion
Untuk suku pertama tahun 2017, eksport meningkat sebanyak 21.4 peratus kepada RM224.7 bilion berbanding dengan peningkatan 2.3 peratus yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.
Pengaturan pertukaran dua hala Malaysia, Jepun
Pengaturan ini bercirikan swap dua hala, iaitu pihak Jepun dan Malaysia akan menyediakan dolar Amerika Syarikat melalui swap mata wang apabila mendapat permintaan daripada negara masing-masing.
Lapangan Terbang Sultan Azlan dibuka semula hari ini
Landasan itu berlubang dipercayai berpunca daripada hakisan, kata Malaysia Airports Holdings Berhad.
Tamat perjanjian penjualan saham: ICSB bincang dengan peguam
Dalam kenyataannya, ICSB berkata, ia mengambil berat berhubung kandungan notis penamatan dan siaran akhbar yang dikeluarkan oleh TRXCSB yang dakwa, faktanya tidak sepenuhnya lengkap dan tepat, untuk mencerminkan keadaan dan kelakuan pihak-pihak yang terlibat dalam perkara ini.
klia2 kendali 80 juta penumpang sejak dibuka
klia2 telah mengendalikan 88 juta penumpang sejak ia dibuka pada 2 Mei 2013 membabitkan 30 juta penumpang domestik dan 58 juta penumpang antarabangsa.

















