Muhammad Azizul Osman
Selepas serah surat tunjuk sebab, Zuraida jalankan tugas seperti biasa
Zuraidan Kamaruddin telah menjawab tiga soalan utama Lembaga Displin yang dikemukakan dalam surat tunjuk sebab berkenaan.
Laungan pecat Zuraida, sokong Zuraida gegarkan perkarangan ibu pejabat PKR
Suasana di hadapan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecoh dengan kehadiran dua kumpulan masing-masing menyokong Zuraida Kamaruddin dan juga mendesak Naib Presiden parti itu dipecat .
Lebih 200 anti Zuraida hadir di pejabat PKR
"Kami mahu Zuraida dipecat, parti perlu pecat Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), dan geng Kartel," laung salah seorang daripada peserta itu.
NGO selar Yusoff Rawther tuduh pihak berkuasa gagal
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menyelar kenyataan Muhammed Yusoff Rawther yang menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Peguam Negara kerana gagal mengambil tindakan terhadap laporan polis yang dibuat keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islah, Mohd Effendi Mat Aris berkata kenyataan Yusoff terhadap pihak berkuasa itu mengenai isu serangan seksual terhadapnya boleh mengugat ketenteraman awam.
Kenyataan jelek penceramah terhadap Mujahid, Amanah buat laporan polis
Selain laporan polis, Amanah Wilayah Persekutuan akan membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan (Jawi) kerana Ibrahim mendapat tauliah untuk berceramah daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP).
Anwar berharap Malaysia segera disisihkan dari wabak koronavirus
Presiden PKR itu berkata seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan agar terus mengutamakan aspek kebersihan dan memohon agar umat Islam di negara ini menyahut seruan mufti Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, untuk terus mengadakan solat hajat.
Nama Anwar sudah dibersihkan, buat apa lagi saman
Individu yang rapat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu tindakan tidak meneruskan saman fitnah terhadap Muhammad Yusoff Rawther bukan disebabkan wang.
Menurut sumber itu, Anwar mengambil pendekatan sedemikian kerana berpendapat namanya sudah pun dibersihkan oleh Jabatan Peguam Negara daripada pertuduhan serangan seksual, sebelum ini.
Farhash sah saman Yusoff Rawther
Satu writ saman dikemukakan Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak keatas Muhammad Yusoff Rawther.
Tindakan saman yang dimulakan Jumaat lalu, rata-ratanya mendakwa Yusoff mengeluarkan kenyataan fitnah beliau dalam sidang media pada 4 Disember tahun lalu.
Koronavirus: Kerajaan boleh diheret ke mahkamah – peguam
Peguam Datuk Shaharudin Ali berkata kerajaan boleh diheret ke mahkamah kerana gagal atau cuai menghentikan kemasukan pelancong yang berisiko tinggi dan menyebabkan jangkitan atau kematian ahli keluarga.
Kerajaan tiada cadangan bawa keluar 49 rakyat Malaysia di Wuhan
Kerajaan tidak bercadang membawa keluar rakyat negara ini yang berada di Wuhan, China, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

















