Kasthuri Jeevendran
Peneroka Ladang Tennamaram kecewa Kerajaan Selangor senyap
Kerajaan negeri telah berjanji untuk menyiasat lebih tujuh bulan lepas namun masih lagi tidak ada tindakan pantas hingga menyebabkan peneroka dan pemaju terus bertelagah sehingga hari ini.
Najib gagal tangguh keputusan rayuan SRC International
Panel hakim akan memutuskan sama ada mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 27 Julai 2020 atau membebaskan Najib daripada sabitan yang dikenakan ke atasnya serta membatalkan hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Penurunan had umur belia kepada 30 tahun tidak sesuai – HYO
Cadangan itu tidak dilaksanakan ketika kementerian itu diterajui Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tetapi diteruskan apabila diambil alih Ahmad Faizal pula.
Adakah DAP ingin singkirkan PKR dari PH? – Thiban
“Saya juga menggesa beliau kemukakan satu nama yang mampu untuk menggantikan Anwar selaku Ketua Pembangkang. Jika tidak adalah lebih baik ADUN Bilut ini memohon maaf secara terbuka kerana kenyataan bodoh sombong ini," katanya.
Peguam kena gout, bicara kes rasuah Zahid tangguh Rabu ini
Ketika awal prosiding hari ini, Hamidi memberitahu mahkamah Ahmad Zahid yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu sebenarnya tidak mempunyai kuasa dalam mengendalikan cek-cek milik Yayasan Akalbudi.
PH perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan di Melaka, bukan Anwar sahaja
Pimpinan dan jentera PH yang bergerak dan bertindak secara kolektif dalam menghadapi PRN Melaka sewajarnya bersama-sama memikul tanggungjawab dan tidak menuding jari sesama sendiri. - Jestin Raj Savarimuthu.
Pengerusi DAP Melaka letak jawatan
“Saya ingin memohon maaf kepada semua. Saya ambil tanggungjawab atas apa yang terjadi. Saya mohon maaf pada semua ahli DAP, rakan sekutu PH dan juga semua penyokong kita," katanya.
Kemenangan DUN Gadek bukti rakyat mahukan MIC – Mohana
“Terima kasih rakyat Melaka, terima kasih Gadek. Ini adalah perasaan indah dan pastinya memberi seribu satu makna kepada saya yang baharu sahaja kembali jawatan Ketua Wanita MIC, dalam beberapa jam selepas kemenangan saya telah turun ke Gadek sehinggalah kita menang," katanya.
PRN Melaka: BN menang 21 kerusi
Pakatan Harapan (PH) menang lima kerusi, Perikatan Nasional (PN) menang dua kerusi manakala Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim (Iman) dan calon-calon bebas tidak memenangi sebarang kerusi.
SPR umum BN dapat majoriti
Bagi keseluruhan pengundian sehingga jam 9.42 malam, BN telah menang sejumlah 15 kerusi daripada 28 kerusi diperuntukkan dan berjaya memperolehi majoriti melebihi 50 peratus. - Datuk Abdul Ghani Salleh.

















