Friday, September 4, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Norlaile Abd Rahman

Norlaile Abd Rahman

2716 Artikel 0 Komen

Susun semula perbelanjaan kesan impak harga minyak merosot

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, kerajaan telah memfaktorkan impak penurunan harga minyak dalam pengiraan lebih daripada empat peratus ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Tangkapan ingkar PKP turun sedikit

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut 433 individu ditahan kerana melanggar arahan PKP di Zon Merah.

23.4 juta penutup hidung dan mulut percuma telah diedar

Sejumlah 23.4 juta keping atau kira-kira 69 peratus penutup hidung dan mulut percuma telah diedarkan kerajaan kepada isi rumah di seluruh semenanjung, setakat ini.

Waktu operasi di Tambak Johor dipendekkan

Bermula Jumaat ini operasi Jabatan Imigresen Malaysia dan agensi-agensi berkaitan di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) akan dipendekkan kepada 7 pagi sehingga 7 petang sahaja berbanding 24 jam sebelum ini.

Pelajar IPT mungkin dibenar balik kampung- Ismail Sabri

Bagaimanapun menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perlu ada prosedur standard operasi (SOP) yang ketat bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dielakkan. Ini termasuk dengan mengadakan saringan kesihatan terlebih dahulu selain mengatur perjalanan supaya tidak berlaku pergerakan beramai-ramai secara serentak.

MOT keluar garis panduan perkhidmatan penghantaran makanan, barang

Para penunggang perlu menunjukkan bukti pendaftaran tersebut kepada pihak berkuasa di samping sentiasa membawa bersama surat pengesahan majikan atau surat pendaftaran dengan PBT ketika membuat penghantaran.

Kerajaan diminta timbang bantuan sara hidup petugas media

Menurut Ketua Biro Perpaduan Kebangsaan Parti Gerakan, H. Puvaniten, negara banyak bergantung kepada laporan media untuk menyebarkan maklumat berhubung status terkini wabak Covid-19.

ASNB benarkan pengeluaran dalam talian

Orang ramai boleh membuat pengeluaran secara dalam talian untuk tabung-tabung unit amanah milik Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) kecuali ASN Sara 2 dan ASN Ekuiti 5 menerusi portal myASNB bermula hari ini.

Tiada pekerja FGV di Lahad Datu positif Covid-19

FGV Holdings Bhd. (FGV) mengesahkan tiada kakitangannya di Wilayah Sahabat, Lahad Datu, Sabah dijangkiti Covid-19.

KKM berjaya halang ‘Kluster Pulang Dari Luar Negara’

“Bayangkan jika 17 yang positif Covid-19 ini hanya dikuarantin di rumah pastinya dia akan menjangkiti ahli keluarga yang lain pula atau jika mereka ke pasaraya-pasaraya,pasti kita ada Kluster Baru Pulang Dari Luar Negara pula," kata Ismail Sabri.