Dr. Jumana Nagarwala

DETROIT – Seorang doktor di bandar Detroit didakwa kerana mengkhatankan (FMC) kanak-kanak perempuan yang dipercayai kes pertama seumpamanya berlaku di negara itu.

Pendakwa berkata, Dr. Jumana Nagarwala telah melakukan prosedur itu pada kanak-kanak perempuan berusia antara enam dan lapan tahun selama 12 tahun.

Beliau telah disiasat selepas pihak berkuasa menerima maklumat orang ramai.

Jika didapati bersalah, Nagarwala akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

FMC adalah perbuatan yang menyalahi undang-undang Amerika Syarikat pada tahun 1996.

Bagaimanapun, Nagarwala menafikan melakukan prosedur tersebut.

Tetapi para pendakwa raya berkata, wanita itu telah melakukan “perbuatan menakutkan ke atas mangsa-mangsa yang lemah”.

Beberapa orang dari luar negeri Michigan dipercayai mendapatkan perkhidmatan beliau dan Nagarwala telah meminta supaya prosedur itu rahsiakan.

Nagarwala muncul di mahkamah persekutuan di Detroit dan ditahan reman.

Berkhatan dikatakan mencacatkan genital wanita adalah perbuatan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan. Ia juga merupakan satu jenayah persekutuan serius di Amerika Syarikat,” kata Pemangku Pendakwa Raya Amerika Syarikat, Daniel Lemisch. – MalaysiaGazette