MADRID – Pemain Real, James Rodriguez seakan mengesahkan spekulasi dirinya akan berhijrah ke kelab lain musim depan selepas kelihatan bersedih menentang Sevilla awal pagi tadi.

Pemain berusia 25 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan menyertai beberapa kelab Inggeris termasuk Manchester United beberapa minggu kebelakangan ini.

Dia memberikan tepukan kepada para peminat Los Blancos di Bernabeu dan disambut kembali oleh penyokong selepas dia digantikan dengan Casemiro.

Momen seperti memberi petunjuk terakhir pemain antarabangsa Columbia itu di Bernabeu.

Untuk rekod, James menyertai Real pada 2014 dari Monaco pada harga £70 juta, setahun selepas Mourinho meninggalkan Real Madrid. – MalaysiaGazette