Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.

KUALA LUMPUR – Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang bercadang akan memansuhkan yuran pengajian di Universiti Awam (UA) sebagai menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat tidak lebih sekadar muslihat pancing undi.

Ketua Pemuda Gerakan,  Tan Keng Liang mendakwa janji pembangkang itu agak meragukan.

“Pemuda Gerakan menggesa Pemuda PH memastikan yuran yang dikenakan untuk pelajar UNISEL (Universiti Industri Selangor) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUSI)  dimansuhkan serta merta.

“Kedua-dua institusi pendidikan itu adalah dibawah pentadbiran kerajaan pembangkang di negeri Selangor.

“Nik Nazmi Ahmad selaku ketua Angkatan Muda PKR yang juga Exco Pendidikan Selangor untuk membentangkan cadangan ini dalam mesyuarat Exco negeri untuk memutuskan sama ada kerajaan Harapan akan memberi pendidikan percuma di kedua-dua univerisiti itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Keng Lian, PH tidak harus mempunyai alasan enggan memberi pendidikan percuma di kedua-dua institusi memandangkan itu antara janji pembangkang dalam manifesto pilihanraya.

“Sebelum menyentuh mengenai janji pendidikan percuma di UA, pakatan pembangkang sila mansuhkan yuran di dua kolej universiti di negeri Selangor.

“Sekiranya pembangkang enggan melaksanakannya, maka rakyat sebagai hakim perlu membuat penilaian sendiri mengenai manifesto PRU PH.

Kami berharap Pemuda PH ikhlas dan telus dalam tindakannya tetapi bukan sengaja memberi janji kosong. – MalaysiaGazette