LONDON – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho kecewa dengan urusan perpindahan musim panas kali ini.

Akhbar Guardian melaporkan, mengikut perancangan, Mourinho ingin membawa semua pemain baru bersama skuad sedia ada ke jelajah pramusim di Amerika Syarikat.

Ini kerana pengendali dari Portugal itu berhasrat membina persefahaman di kalangan para pemainnya menjelang saingan musim 2017/2018 yang dijangka lebih mencabar serta kompetitif.

Namun Mourinho tidak menyalahkan Ed Woodward sepenuhnya biarpun kesal dengan tindakan ketua pegawai eksekutif itu yang kelihatan ‘bersahaja’ mengenai urusan perpindahan pemain.

Di sebalik kemelut ini, pengurusan United pula seolah-olah yakin kesemua pemain baru akan diselesaikan sebelum siri jelajah pra-musim. – Malaysiagazette