MADRID – Penyerang Atletico Madrid tiba-tiba mencetus spekulasi baru apabila memuatnaik posting emoji kecewa di Twitternya.

Tindakan itu dikatakan merujuk kepada kekesalan Griezmann kerana tidak  menyertai Manchester United pada musim panas ini.

Pemain berusia 26 tahun itu seolah-olah memberi bayangan bahawa dia akan mempertimbangkan semula tawaran untuk menyertai United pada masa akan datang.

Pemain kebangsaan Perancis itu hampir berhijrah ke Old Trafford pada hujung musim lalu mengikuti jejak rakan baiknya, Paul Pogba.

Namun larangan perpindahan pemain yang dikenakan terhadap Atletico Madrid menyebabkan dia memilih untuk kekal bersama pasukan sehingga awal Januari depan.

Griezmann ketika ini menunggu aksi pembukaan tirai La Liga bersama Atletico sementera Pogba sudah menjaringkan dua ol bersama United selain turut membantu United mencatatkan kemenangan 4-0 dalam dua perlawanan perbukaan liga.

Romelu Lukaku pula meledak tiga gol dalam dua perlawanan dan amat selesa beraksi di samping Pogba. – MalaysiaGazete