KUALA LUMPUR – Tiket perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Thailand akan mula dijual di Stadium Shah Alam dan Stadium Melawati bermula pukul 11 pagi esok (28 Ogos).

Bagaimanapun, bagi perlawanan itu, tiada jualan dalam talian akan dilakukan.

Menurut makluman Sakretariat Kuala Lumpur 2017, penyokong Malaysia yang berhasrat menyaksikan perlawanan itu boleh mendapatkan tiket di Stadium Shah Alam dan sebanyak 20 kaunter di pintu A dan B akan dibuka sehingga kesemua tiket habis dijual.

Tiket untuk penyokong Thailand pula boleh diperolehi di Stadium Melawati bermula pukul 11 pagi pada hari yang sama, katanya.

Katanya, hanya lima tiket diperuntuk bagi setiap pembeli.

Malaysia yang menewaskan Indonesia 1-0 akan bertemu Thailand pada pukul 8.45 malam di Stadium Shah Alam, Selasa ini. – MalaysiaGazette