Ketua Pemuda myPPP, Sathiah Sudakaran

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Cameron Highlands dilihat menjadi tumpuan menjelang PRU-14 ini.

Ia kerana ‘perebutan’ kerusi antara Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas dan Ketua Pemuda MIC, S. Sivarraajh dalam Barisan Nasional.

Malah Sivarrajh baru-baru ini mendakwa kenapa kerusi itu yang sebelum ini dimenangi oleh MIC harus diberikan kepada komponen lain sedangkan parti itu boleh memenanginya semula dalam PRU14.

Mengulas kenyataan itu, Ketua Pemuda myPPP, Sathiah Sudakaran berkata, Sivarraajh membayangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi BN sudah memberi mandat kepada MIC.

“Beliau (Sivarrajh) gagal mengambil perhatian nasihat PM bahawa tiada mana-mana parti komponen boleh melobi berdasarkan kerusi tradisional dan mana-mana calon yang akan dipilih jawatankuasa pemilihan BN perlulah seorang yang boleh menang dan dikenali pengundi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Sathiah, Kayveas sentiasa taat dan setia kepada BN dan sudah mendapat restu Najib sebelum menjejak kaki di tanah Cameron Highlands sejak tiga tahun lalu iaitu sejak MIC mengisytiharkan bekas presidennya (Datuk Seri S. Palanivel) sebagai persona non-grata dalam parti,” katanya lagi.

Tambah Sathia, Kayveas yang juga bekas Ahli Parlimen Taiping merupakan anak jati kawasan tanah tinggi di Pahang itu dan sentiasa mahu memastikan kerusi itu kekal milik BN tanpa sebarang agenda tersembunyi.

“Kayveas menghabiskan masa empat lima hari seminggu mendekati rakyat Cameron Highlands dan mengambil tahu masalah, keperluan, cabaran ekonomi, pembangunan sosial warga Cameron Highlands ke arah kehidupan lebih sejahtera,” jelasnya.

“Kehadiran Kayveas diterima baik oleh penduduk tempatan semua peringkat dan beliau tidak pernah gagal menghadirkan diri sebarang program masyarakat dan bukannya seperti pihak tertentu yang sekadar memberi maruku sewaktu Deepavali sahaja,” kata Sathiah.

Menurut Sathia, Kayveas sudah menempah tempat dihati penduduk Cameron Highlands dan Karnival Sukan Piala Tan Sri Kayveas menjadi bukti dengan kehadiran ramai penduduk menyertainya.

“myPPP mengetuk pintu rumah setiap masyarakat di situ untuk mendengar sendiri rintihan dan segala permasalahan yang dihadapi saban hari dan cuba menyelesaikannya sebelum PRU-14 dengan penuh komited.

“Tetapi kita akan melihat purata kemenangan pada PRU-14 akan datang akan lebih besar melebihi 5,000 pengundi sekiranya calonnya adalah Kayveas,” katanya.

Krisis yang berlaku juga menyebabkan bakal calon pembangkang di kawasan itu iaitu Manoharan (DAP) dan Suresh (PSM) juga menyokong pencalonan Sivarraajh dan tidak mahu jika Kayveas terpilih kerana mengakui sukar mencapai kemenangan sekiranya Kayveas menjadi calon BN. – MalaysiaGazette

Kenapa MIC kena lepaskan kerusi Cameron Highlands?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Untuk makluman En.S Sivarajjah ini jawapannya; bukan melepaskan tapi ayat yang paling sesuai ialah meletakkan penanda kemenangan BN yakni Tan Sri M.Kayveas. Kini beliau dilabelkan sebagai pemenang hati penduduk-penduduk disetiap pelusuk tanah Cameron Highland ini. Dimanakah MIC tatkala pergolakkan dengan Datuk G.Palanivel (persona non-grata). Secara langsung Cameron Highland jadi Parlimen parti Bebas. Cuba fahami en. Sivarajjah its a no mans island, Manoharan (DAP) dan Suresh( PSM) adalah sebagai parasit politik, jangan ikut rentak lagu mereka dan menari malah membawa padah pada diri sendiri dan Parti BN khususnya. Disini saya yang kerdil ini mengesyorkan agar En. Sivarrajah menghormati keputusan Presiden Parti BN Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak kelak. Sebagai ketua pemuda MIC Kebangsaan harus amati dan sayangi BN bukan untuk keselesaan diri sendiri. Sikap toleransi antara calon-calon PRU14 adalah punca utama Kemenangan sesebuah parti. Akhir kata MAJU BN MAJULAH MALAYSIA.

Comments are closed.