Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Indeks Komposit Kuala Lumpur boleh diheret serendah 1,580 mata jika Amerika Syarkat melaksanakan tarif tambahan sebanyak AS$200 bilion ke atas import China.

Naib Presiden Kanan TA Securities Holdings Bhd, Kaladher Govindan berkata, tindakan Amerika Syarikat itu akan menggalakkan lebih banyak aliran keluar dana daripada pasaran serantau termasuk Bursa Malaysia.

Walau bagaimanapun, beliau mengesahkan sasaran akhir tahun akan kekal pada 1,780 mata berdasarkan nisbah pendapatan harga sebanyak 15.5 kali.

“Gambaran kami ialah Presiden Donald Trump akan berhenti selepas mengenakan tarif bernilai AS $ 50 bilion ke atas barangan dari China dan tidak akan meneruskan peringkat kedua tarig sebanyak AS$ 200 bilion dalam import China,” katanya. – Bernama