Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, walaupun Amerika Syarikat (AS) dijangka mengumumkan satu lagi kenaikan tarif ke atas barangan China pada awal Disember. 
. Ringgit dijangka didagangkan pada paras 4.165 hingga 4.185 pada minggu depan, didorong oleh faktor luaran termasuk hala tuju dolar Amerika Syarikat (AS) serta harga minyak, kata penganalisis.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dengan tanpa pemangkin yang mempunyai risiko dan susulan pelabur menantikan pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Jun esok.

Pada 9.03 pagi, ringgit berada pada 4.0450/0500 berbanding dolar US daripada 4.0400/0450 semasa ditutup pada Isnin.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata pelabur menumpukan kepada data IHP bagi Jun yang mengukur kadar inflasi, terutamanya selepas Bank Negara Malaysia (BNM), mengekalkan pendirian dasar monetari yang neutral minggu lepas.

“Bagaimanapun, pasaran menjangka impak daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan pada kadar sifar yang dijangka menyaksikan inflasi susut kepada paras 1.7 peratus, dan tidak mengubah pandangan BNM akan mengekalkan kadar faedah untuk seketika,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga berkata pelabur turut menantikan testimoni kongres pertama Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell lewat hari ini, dan beliau dijangka memberi penekanan kepada pendirian dasar monetari yang ketat secara berperingkat.

Ringgit turut diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9684/9725 daripada 2.9671/9716 dan rendah berbanding euro kepada 4.7355/7421 daripada 4.7284/7359 pada Isnin.

Berbanding pound British, ringgit susut kepada 5.3527/3614 daripada 5.3591/3669 dan merosot berbanding yen kepada 3.5972/6022 daripada 3.5943/5991. – BERNAMA