Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau mencintai tugas yang ada sekarang dan tidak bercadang untuk kembali sebagai pemimpin pusat PKR.
Nurul Izzah Anwar

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar menggesa Pejabat Peguam Negara memberi penjelasan berhubung pembebasan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung kes rasuah.

“Pejabat Peguam Negara harus tampil memberikan penjelasan,” tulis beliau ringkas menerusi posting terbaru di Twitter miliknya sebentar tadi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut memuat naik kenyataan media yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Hadhariah Syed Ismail hari ini membuat keputusan membebas dan melepaskan Guan Eng daripada tuduhan itu atas alasan pihak pendakwa menarik balik tuduhan padanya dan ahli perniagaan Phang Li Koon.

Guan Eng didakwa bersama Phang di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang George Town, menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Kedua-dua mereka menghadapi tuduhan berkenaan ekoran urusan jual beli sebuah banglo di Jalan Pinhorn, George Town, di bawah harga pasaran semasa.

Dalam perkembangan sama, SPRM turut melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan terkini mengenai Ahli Parlimen Bagan itu.

Menerusi kenyataan media seperti yang dimuat naik Nurul Izzah, SPRM memberitahu, pihaknya tidak menjangkakan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menggugurkan kes berkenaan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hanya 60% kertas siasatan siap dan belum sampai kemeja AG, Najib Razak sudah dihukum dan dimaki hamun oleh pentadbiran, wakil rakyat dan pendukong kerajaan. Menakala dalam kes rasuah lge, AG melalui wakilnya bersahaja menarik balik pertuduhan yang sudah pun berjalan dimahkamah.

    Jelas disini badan perundangan tidak lagi berpegang kepada keunggulan “Rule of Law”

Comments are closed.