FA England diminta mengambil tindakan tunggu dan lihat dalam soal Southgate sebelum sambung kontrak.

LONDON – Danny Murphy mendesak Persatuan Bola Sepak England supaya tidak terburu-buru menyambung kontrak \jurulatih skuad kebangsaan England.

Murphy percaya adalah tidak masuk akal jika Persatuan Bola Sepak England menawarkan kontrak baharu kepada Gareth Southgate sehingga Piala Dunia Qatar 2022.

Foxsports difahamkan rundingan penyambungan kontrak Southgate dalam sedang dilakukan.

Penyambungan kontrak dengan penambahan terma perjanjian itu bakal menyaksikan kenaikan gaji dan perkhidmatannya sehingga kempen Piala Dunia.

Kepimpinan tertinggi FA lebih cenderung untuk menawarkan ganjaran setimpal kepada kejayaan Southgate membawa pasukan kebangsaan sehingga ke separuh akhir Piala Dunia Rusia 2018 Julai lalu.

Namun Murphy percaya tiada mana-mana pengurus antarabangsa yang patut ditawarkan ganjaran sebegitu lama.

Katanya, secara realiti tindakan itu tidak masuk akal kerana jika dia gagal dalam misinya, perlu tinggalkan pasukan yang hanya akan memaksa FA berbelanja jutaan pound.

Murphy percaya Southgate dan pembantunya, Steve Holland akan kekal setia bersama FA dan tidak akan dipujuk untuk menerajui mana-mana kelab sebelum 2020.

“Saya rasa Southgate akan gembira untuk menunggu sehingga kempen Euro 2020 tidak mungkin mengubah kemudinya jika mana-mana pihak memujuk untuk menerajui kelab bola sepak.

“Kita perlu mengambil iktibar daripada kerugian jutaan pound yang dibuang terhadap Fabio Capello dan Sven-Goran Eriksson dan jangan mengulangi kesilapan sama kali ini dalam soal Southgate.

“Gareth bertugas dengan baik dan saya tidak fikir kita akan kalah setiap aksi antarabangsa selepas ini.

“Tetapi jangan terburu-buru menawarkan kontrak lama sehingga 2022 kerana jika dia gagal dalam 2020 dan ditekan keluar pasukan, FA harus tanggung baki bayarannya yang dipersetujui dalam terma kontrak pula,” ujar beliau.- MalaysiaGazette