Seorang ketua balai Polis Tanah Merah, Port Dickson mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan rasuah, lima tahun lepas.
Seorang ketua balai Polis Tanah Merah, Port Dickson mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan rasuah, lima tahun lepas.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berhubung siasatan kes rasuah setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara, hari ini.

Penahanan itu dibuat pada jam 10.05 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Susulan itu, Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.

Musa akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 November 2018, jam 2 petang ini untuk pertuduhan tersebut. – MalaysiaGazette