PAC Parlimen akan memulakan prosiding ini, pada minggu pertama Disember 2018 dengan memanggil bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sebagai saksi pertama.
PAC Parlimen akan memulakan prosiding ini, pada minggu pertama Disember 2018 dengan memanggil bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sebagai saksi pertama.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen sebulat suara bersetuju mengadakan prosiding berhubung Laporan Pengauditan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) oleh Jabatan Audit Negara (JAN) yang dibentangkan kepada PAC Parlimen ke 13 pada Mac 2016.

PAC juga sudah mendapat pandangan daripada Peguam Negara bagi mengadakan prosiding ini dan ia tidak akan menganggu kes pendakwaan 1MDB yang akan berlangsung di mahkamah.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, dalam prosiding ini, PAC Parlimen akan menyiasat sama ada wujud sebarang kekangan dan halangan yang dihadapi JAN dalam melaksanakan pengauditan terhadap syarikat 1MDB.

Selain jika terdapat sebarang ubah suai terhadap fakta serta maklumat dalam Laporan Pengauditan 1MDB berkenaan sebelum dibentangkan kepada PAC Parlimen ke 13.

Berikutan itu, PAC Parlimen akan memulakan prosiding ini, pada minggu pertama Disember 2018 dengan memanggil bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sebagai saksi pertama. – MalaysiaGazette

PAC mula prosiding laporan audit 1MDB 4 Disember