Seorang ketua balai Polis Tanah Merah, Port Dickson mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan rasuah, lima tahun lepas.
SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjata Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad.

Agensi ini telah meneliti dokumen asal laporan tersebut untuk dibandingkan dengan draf akhir yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara.

Sehubungan itu, SPRM akan memanggil beberapa saksi dalam tempoh terdekat ini bagi memberi keterangan dan membantu siasatan berkaitan isu tersebut pada masa terdekat.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad hari ini memaklumkan perenggan berkaitan kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB). diarah digugurkan dalam penyediaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Katanya, perkara itu diarahkan bekas ketua setiausaha sulit kepada bekas perdana menteri, Tan Sri Shukry Salleh pada 26 Feb 2016 atas alasan ianya sensitif dan untuk mengelak fakta diputar-belit oleh pihak pembangkang ketika itu.

Laporan akhir Pengauditan 1MDB sebelum pindaan telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut pada 2018, katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan itu, Madinah turut mendedahkan beberapa insiden melibatkan arahan supaya perenggan tertentu digugurkan atau dipinda.

Berdasarkan kronologi yang disediakan pasukan Audit 1MDB Jabatan Audit Negara Malaysia, beliau berkata Shukry pada 20 Feb 2016, telah meminta pasukan audit itu untuk mengemukakan laporan akhir audit 1MDB untuk dibincangkan bersama bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya dalam satu mesyuarat dengan Najib pada 22 Feb 2016 di pejabat Perdana Menteri, Najib telah mengarahkan pengguguran perenggan yang mengandungi dua versi Penyata Kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 2014 dan mengarahkan siasatan dijalankan oleh pihak penguatkuasa.

Sehubungan itu, pembentangan laporan tersebut kepada PAC yang dijadualkan pada 24 Feb 2016 telah ditangguhkan kepada 4 Mac dan 7 Mac 2016, kata Madinah. – MalaysiaGazette