DEHRADUN – Hampir 100 orang mati di Uttar Pradesh dan Uttarakhand, India akibat mengambil minuman keras yang mengandungi urea, cecair bateri, soda kautik dan kemungkinan kandungan ubat.

Jumlah kematian mereka yang terbunuh di Saharanpur, kawasan paling teruk terjejas, sehingga semalam adalah 64 orang manakala 50 lagi dimasukkan ke hospital.

Kematian pada awalnya dilaporkan di kampung Baalupur, dekat Bhaagwaaanpur pada Jumaat lalu, sehari sebelum penduduk kampung di kawasan tersebut meraikan upacara tehravi.

Para pegawai penyaisat berkata, mereka sedang menyelesaikan petunjuk baru mengenai minuman kereas itu, iaitu di mana ia dihasilkan dan diedarkan.

Janmejay Khanduri memberitahu The Times of India: “Kami telah menahan tujuh orang yang disyaki membekalkan minuman keras haram ini. Dua orang telah meninggal dunia dan baki lima orang disiasat,”. – Agensi

Tinggalkan Jawapan