Penyanyi, Heliza Helmi menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Pelancaran Single Terbaru dan Pelancaran Telekung di Petak Event Space, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 03 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,000 telekung jenama HelizaGuzelhive kini berada di pasaran menerusi kerjasama antara penyanyi Heliza Helmi dan dan syarikat pengeluar pakaian, Guzelhive International Sdn. Bhd. (Guzelhive).

Heliza, 33, memberitahu, selepas dua tahun menjalinkan kerjasama, HelizaGuzelhive mengeluarkan koleksi Heliza Instant Telekung (HIT).

Jelasnya, HIT itu  merupakan telekung yang dihasilkan daripada kain Viscose Spandex yang berbeza daripada kualiti kain telekung yang berada di pasaran pada masa sekarang.

“Telekung HIT ini bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan ibadah tetapi boleh digayakan untuk urusan rasmi seperti ke pejabat ataupun majlis rasmi, kegiatan riadah dan juga aktiviti santai. 3.

“Koleksi HIT ini didatangkan dengan 9 pilihan warna dan mempunyai nama tertentu,” katanya pada majlis pelancaran baru-baru ini.

MGF03022019_HELIZA HELMI09
Penyanyi, Heliza Helmi semasa sesi fotografi pada Majlis Pelancaran Single Terbaru dan Pelancaran Telekung di Petak Event Space, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 03 FEBRUARI 2019

Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia itu memberitahu jenama HelizaGuzelhive memberi tumpuan kepada pasaran muslimah berumur 17 tahun sehingga 40 tahun yang mencari tudung dan telekung menepati piawaian syariah.

Pada masa sama kata wanita kelahiran Terengganu itu, produknya mempunyai corak rekaan dan kualiti kain yang bermutu tinggi mengikut trend terkini.

Sementara itu, HelizaGuzelhive turut bekerjasama dengan Yayasan MyPrihatin untuk mengisi tabung MyHeart bagi membantu pesakit jantung kronik di negara ini.

Menerusi kerjasama tersebut, setiap helai telekung jenama Heliza Guzelhive yang dijual, sebanyak RM5 akan disumbangkan ke dalam tabung berkenaan.

Penubuhan tabung tersebut merupakan kesinambungan kerjasama sedia ada antara Yayasan MyPrihatin dengan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) sebelum ini.

“Dengan adanya sumbangan daripada hasil jualan telekung Heliza Guzelhive ke tabung ini, Yayasan MyPrihatin dapat membantu membawa pesakit ke IJN untuk pemeriksaan kesihatan dengan menanggung segala kos seperti logistik dan sara diri.

“Seterusnya menanggung rawatan seperti pembedahan di IJN,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan ke Tabung MyHeart boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 564801648485 di atas nama Yayasan MyPrihatin. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan