Hotel Best Western I-City Shah Alam kini mencatat kadar penginapan sebanyak 60 peratus sebulan.

SHAH ALAM – Hotel Best Western I-City di sini berada pada landasan terbaik apabila mencatat kadar penginapan sebanyak 60 peratus sebulan sepanjang tahun 2018.

Pengurus Besarnya, Anthony Kong berkata, ia melibatkan sebanyak 50 peratus tetamu tempatan manakala bakinya pelancong dari luar negara.

Menurut beliau, hotel bertaraf tiga bintang itu juga kini menjadi pilihan tetamu korporat yang menginap untuk jangka waktu yang panjang.

8J0A6360
Harga bilik bermula serendah RM170.

“Pelancong dari Jepun, Singapura, Thailand, Indonesia dan Korea menjadi tetamu lima terbaik kami manakala tetamu dari negara Timur Tengah akan memenuhi tempahan bilik selepas bulan Ramadan.

“Kebiasaanya tempahan bilik penuh pada hujung minggu oleh tetamu tempatan kerana tarikan Taman Tema Air I-City yang bersebelahan dengan hotel.

“Ini kerana mereka hanya perlu mengambil masa lima ke 10 minit sahaja berjalan kaki untuk sampai ke Taman Tema Air untuk melakukan aktiviti bersama keluarga,” jelasnya.

8J0A6460
Anthony Kong

Best Western I-City memulakan operasi di negara ini sejak tahun 2015 termasuk satu lagi cawangan di Petaling Jaya serta memiliki rangkaian yang luas di seluruh dunia dengan Arizona di Amerika Syarikat merupakan ibu pejabat.

Anthony menambah rahsia Best Western I-City Shah Alam semakin popular dalam kalangan tetamu berikutan amalan hospitaliti tinggi yang diamalkan seramai 100 kakitangannya.

“Kami amat mementingkan keramahan dan kemesraan kakitangan hotel dengan tetamu tidak tetamu yang berkeluarga, luar negara atau di kalangan ahli perniagaan atau korporat.

8J0A6308
Best Western I-City Shah Alam mengamalkan hospitaliti tinggi di kalangan kakitangannya.

“Hospitaliti adalah rahsia kami yang membuat tetamu kembali menginap di sini. Selain itu, kami percaya hotel ini mampu menjadi nama besar dan semakin popular apabila sebuah bangunan pusat membeli belah siap dibina dan dibuka sepenuhnya pada Mac ini,” katanya.

Sementara itu, Anthony berkata, sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang lalu, hidangan tradisi makan malam telah mendapat sambutan yang menggalakan.

8J0A6327
Tetamu korporat gemar menginap untuk tempoh yang panjang.

Katanya, ini kerana bayaran sebanyak RM68 seorang manakala warga emas dan kanak-kanak pula mendapat potongan harga sebanyak 35 peratus yang dikenakan amat berpatutan dan menjadi pilihan tetamu berbangsa Tionghua.

Sementara itu, harga bilik di Best Western I-City Shah Alam bermula serendah RM170 dengan jaminan menu mendapat pengesahan halal daripada JAKIM. – MalaysiaGazette

8J0A6539
Ruang cafe yang santai dan mendamaikan.

Tinggalkan Jawapan