Amy Klobuchar foto Agensi

SAINT PAUL – Senator Demokratik Minnesota, Amy Klobuchar mengumumkan akan sedang bertanding untuk menjadi dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2020.

Klobuchar, bekas pendakwa raya telah mendapat pujian selepas bertikam lidah ketika menyoal siasat Hakim Mahkamah Agung, Brett Kavanaugh dan calon Peguam Negara, William Barr semasa pendengaran pengesahan baru-baru ini.

Pengesahan Klobucher, 58 tahun, itu telah meningkatkan calon yang bakal bersaing untuk mencabar Donald Trump.

Beliau menyeru orang untuk menyertai kempennya, sambil berkata, “Saya tidak mempunyai jentera politik, saya tidak bertanding untuk wang tetapi apa yang saya ada adalah ini: Saya mempunyai kecekalan”

Selain beliau, beberapa nama lain turut bersama-sama mencabar Trump. Mereka ialah Elizabeth Warren, Kamala Harris dan Tulsi Gabbard.

Persaingan merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat pada tahun depan mencatatkan sejarah apabila lebih daripada seorang wanita telah mengesahkan pencalonan.

Setakat ini, lima orang wanita telah mengesahkan persaingan tersebut. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan