PARIS – Bandar Paris saman Airbnb kerana menerbitkan 1,000 iklan sewa secara haram, yang boleh menyebabkan laman sesawang sewa Amerika Syarikat itu menanggung kos lebih daripada 12.5 juta euro (AS$ 14 juta).

Di bawah undang-undang Perancis, pemilik rumah di Paris boleh menyewakan tempat mereka pada platform sewa jangka pendek sehingga 120 hari dalam setahun.

Iklan mesti memasukkan nombor pendaftaran untuk membantu memastikan hartanah tidak disewa lebih lama.

Perancis meluluskan undang-undang pada tahun 2018 yang membolehkan syarikat-syarikat seperti Airbnb didenda sebanyak 12,500 euro setiap siaran haram.

Peruntukan baharu Paris akan digunakan untuk mencabar Airbnb di mahkamah, menurut Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo kepada akhbar Journal du Dimanche.

“Matlamatnya adalah untuk melepaskan amaran terhadap tindakan menyewa tanpa kebenaran kerana ia boleh merosakkan beberapa kejiranan di Paris,” kata Hidalgo dalam temu bual itu.

Beberapa bandar di seluruh dunia telah menyatakan kebimbangan bahawa platform seperti Airbnb boleh menyebabkan persaingan yang tidak adil kepada hotel dan boleh menjadikan beberapa kawasan sebagai hanya zon pelancongan.

Jurucakap Airbnb mengatakan ia telah melaksanakan langkah-langkah untuk membantu pengguna laman sesawang Paris mematuhi peraturan Eropah, tetapi menambah bahawa peraturan di Paris adalah “tidak cekap, tidak seimbang dan bertentangan dengan peraturan Eropah.”

Perancis adalah pasaran kedua terbesar Airbnb selepas Amerika Syarikat.

Paris, salah sebuah bandar yang paling banyak dikunjungi pelancong di dunia, adalah pasaran tunggal terbesarnya, dengan kira-kira 65,000 rumah disenaraikan. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan