Kerja-kerja menyamak dan membersihkan persekitaran bilik menukar lampin segera dilaksanakan berikutan tindakan seorang wanita memandikan anjingnya di kawasan rawat dan rehat Tapah.

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad kesal dengan tindakan seorang wanita memandikan anjingnya di bilik menukar lampin bayi di kawasan rawat dan rehat Tapah (Arah Selatan) yang tular ketika ini.

Menurut PLUS, wanita tersebut tidak menghiraukan teguran petugas serta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook, PLUS turut memaklumkan bahawa persekitaran bilik menukar lampin bayi terbabit telah disamak dan dibersihkan serta-merta supaya ia boleh terus digunakan oleh pelanggan.

plus
Papan tanda melarang membawa haiwan peliharaan.

“Papantanda peringatan yang memaklumkan pelanggan bahawa R&R adalah kawasan larangan untuk binatang peliharaan juga ada diletakkan di semua R&R di lebuh raya PLUS.

“Demi keselesaan pengguna lebuhraya PLUS, kami memohon kerjasama semua pelanggan supaya mematuhi larangan tersebut,” kata PLUS. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan: 

Wanita mandikan anjing di R&R Tapah

Pemilik anjing biadab hanya sikap individu