Sebanyak 100,000 permohonan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari 25 kawasan Parlimen di Sabah, kata Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

KOTA KINABALU – Sebanyak 100,000 permohonan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari 25 kawasan Parlimen di Sabah, kata Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Menurut beliau sehingga kini belum ada cawangan Bersatu ditubuhkan di negeri ini.

“Kami menjangkakan lebih ramai akan menyertai Bersatu apabila parti itu mengembangkan sayapnya secara rasmi di negeri ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan kemasukan parti berkenaan ke Sabah.

MGF15082018_PARLIMENMALAYSIA_09
Sebanyak 100,000 permohonan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari 25 kawasan Parlimen di Sabah, kata Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Ronald merupakan antara lima Anggota Parlimen, sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua Senator di Sabah mengumumkan keluar UMNO pada 12 Dis tahun lepas.

Salah seorang ADUN iaitu Datuk Musbah Jamil, mewakili Dewan Undangan Negeri Tempasuk telah menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Ronald yakin dengan adanya Bersatu di Sabah akan memberi pilihan politik kepada rakyat negeri ini.

— BERNAMA

Artikel berkaitan: TERKINI : PPBM MASUK KE SABAH! ”Ramai Bekas Ahli UMNO Sabah Ingin Masuk Bersatu” – Tun M

Bersatu masuk Sabah

Tun M terima ‘sampah’ masuk Bersatu

Warisan mahu Bersatu hormati persetujuan tidak lebar sayap ke Sabah – Shafie

Bukan nak lawan kerajaan Shafie, kata Tun M