Karl Lagerfeld merupakan ikon pereka fesyen menerusi jenama Channel dan Fendi.

LONDON – Industri fesyen dunia kehilangan seorang ikon selepas
Karl Lagerfeld meninggal dunia pada usia 85 tahun semalam.

Pemergiannya telah membawa legasi fesyen yang sangat terkenal dengan idea kreatif, anggun dan classy.

Bagi peminat-peminat busana jenama Chanel dan Fendi, setiap koleksi Lagerfeld amat ditunggu-tunggu.

Siapa pernah menduga lelaki ini menampilkan idea menerusi busana mewahnya dengan mengambil ilham kabin pesawat, air terjun, pantai di tengah kota dan rumah agam.

Pemilik nama sebenar Karl Otto Lagerfeldt ini telah dilahirkan pada 10 September 1933 di Hamburg, Jerman sebelum menukar namanya kepada Lagerfeld kerana memiliki nilai komersial.

Pembabitan Lagerfeld dalam industri fesyen bermula seawal usia 17 tahun selepas bekerja sebagai pembantu pereka terkenal Pierre Balmain selama tiga tahun.

Selepas itu, dia dilantik menjadi Pengarah Seni pereka Jean Patou selama lima tahun.

Pada tahun 1983, dia telah dipilih sebagai Pengarah Artistik jenama Chanel dan mencipta jenamanya sendiri setahun kemudian.

Pada 1987 pula, dia mula membuat kempen pengiklanan sendiri sebelum mencetuskan kontroversio apabila pengarang majalah fesyen Vogue, Anna Wintour dilaporkan menarik diri daripada  pertunjukkan fesyennya kerana isu skandal model. – MalaysiaGazette