Peguam Negara Tommy Thomas berkata, prosedur penjualan itu akan dilaksanakan melalui Mahkamah Tinggi Admiralti di Kuala Lumpur.
Peguam Negara Tommy Thomas

PUTRAJAYA – Semua kes mahkamah akan diteruskan seperti yang dijadualkan dan diputuskan oleh mahkamah seperti biasa walaupun penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat badan kehakiman, kata Peguam Negara Tommy Thomas hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Thomas berkata hujahan bahawa prosiding-prosidng mahkamah dan proses pengadilan seharusnya ditangguhkan sementara menunggu selesainya siasatan oleh RCI tidak mempunyai sebarang asas dari segi fakta mahupun undang-undang.

“Selain itu, memandangkan RCI bakal ditubuhkan tidak lama lagi, dan selepas itu akan memulakan pertimbangannya, diharapkan agar spekulasi orang ramai berhubung perkara ini dapat dihentikan. RCI seharusnya dibenarkan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting dengan cara yang tenang dan terkawal,” katanya.-BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/21/kerajaan-akan-tubuh-rci-siasat-dakwaan-hakim/