TOKYO- Kerajaan Jepun dan India secara prinsipnya telah bersetuju untuk berkerjasama dalam memerangi serangan siber berkaitan pembangunan teknologi 5G.

Bagi Jepun, kebimbangan utama adalah mengenai produk syarikat telekomunikasi China, Huawei.

Perjanjian menunjukkan kedua-dua negara berhasrat untuk berkongsi maklumat terhadap risiko keselamatan seperti akses kepada data secara haram serta menghalang dominasi produk China ke pasaran India yang luas.

Kedua-dua negara akan bertemu di Tokyo bagi rundingan dua hala mengenai isu-isu siber pusingan ketiga seawal-awalnya Rabu ini.

Ini merupakan kali pertama 5G diangkat sebagai topik utama perbincangan seumpamanya.

Kerajaan Jepun akan menerangkan dasar yang digunakannya pada musim panas ini untuk mengeluarkan produk Huawei dan sebuah lagi syarikat China, ZTE daripada pemerolehan kerajaan.

Jepun juga akan meminta syarikat-syarikat telekomunikasi dalam negara untuk memberi perhatian terhadap polisi tersebut.

Ia berhasrat untuk memberi pemahaman kepada India mengenai risiko menggunakan produk China yang berkos rendah selain menggesa negara tersebut menyertai pakatan dengan Jepun.-Agensi