Model Year 2019 GAP Photography. INTERNATIONAL ONLY

KUALA LUMPUR – Harley-Davidson Motor Company memperkenalkan barisan tahun model 2019 yang lebih murah untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan peminat motosikal di Malaysia.

Pengarah Urusan Harley-Davidson bagi Pasaran Baharu Muncul Asia, Johan Kleinsteuber berkata, model 2019 memperkenalkan teknologi baharu, ciri-ciri yang ditingkatkan, pengubahsuaian gaya, kemasan baharu dan aksesori yang sepadan untuk keluarga Custom Vehicle OperationsTM (CVOTM), Touring, SoftailTM dan SportsterTM, membawakan tahap prestasi yang baharu kepada barisan Harley-Davidson dalam seluruh rangkaian produk.

MY19 XL200X Forty-Eight. Sportster. INTERNATIONAL ONLY
MY19 XL200X Forty-Eight. Sportster. INTERNATIONAL ONLY

Menurutnya, berkuat kuasa 16 Mac lalu, harga motosikal model SportsterTM adalah daripada RM62,600, manakala model SoftailTM yang dipertingkatkan baru-baru ini bermula daripada RM97,200.

Model Year 2019 GAP Photography. INTERNATIONAL ONLY
Model Year 2019 GAP Photography. INTERNATIONAL ONLY

“Motosikal tahun model 2019 merupakan satu lagi contoh cara Harley-Davidson melabur dalam produk dan peluang yang mendorong peningkatan bilangan penunggang dalam jangka terdekat dan meraih pertumbuhan mampan untuk masa depan sebagai sebahagian daripada rancangannya, More Roads to Harley-Davidson,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

 

MY19 XL1200CX Roadster. Sportster. INTERNATIONAL ONLY
MY19 XL1200CX Roadster. Sportster. INTERNATIONAL ONLY

Rancangan yang telah diketengahkan pada tahun 2018 menumpukan perhatian pada pembinaan generasi penunggang mendatang melalui produk baharu dalam segmen motosikal tambahan.

Pendekatan itu sekali gus menyediakan capaian yang lebih meluas kepada jenama dan produk, diiringi dengan komitmen untuk menyokong dan mengukuhkan pengedar secara global. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan