Pakatan Harapan (PH) tidak memandang rendah kekuatan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, kata Ketua Sekretariatnya Datuk Saifuddin Abdullah. 
foto: Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah menafikan sekretariat parti itu mengeluarkan kenyataan mengulas isu wawancara Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Dalam kenyataan ringkasnya hari ini, Saifuddin berkata: “Berkaitan kenyataan Sekretariat Pakatan Harapan yang dikongsikan hari ini, saya ingin memaklumkan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak sahih.

“Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan yang telah dikeluarkan.”

Terdahulu viral kenyataan media Sekretariat Pakatan Harapanmenggunakan kepala surat parti itu yang antara lain mengambil maklum wawacancara Nurul Izzah dengan Straits Times.

ph
‘Kenyataan Media’ Sekretariat Pakatan Harapan.

Menurut kenyataan itu, Pakatan Harapan sentiasa mengalu-alukan cadangan dan kritikan oleh mana-mana pimpinan, ahli mahu pun penyokong untuk memperbaiki dan mengukuhkan parti.

“Kebebasan bersuara tetap kami pertahankan dalam era Malaysia baru, tetapi hujahan ataupun kritikan harus konstrukftif dan mengangkat semangat perpaduan dalam Pakatan Harapan.

“Setiap  dan tindakan kita sebagai pemimpin sentiasa diperhatikan oleh rakyat. Oleh itu kami ingin menasihati kepada semua pemimpin sentiasa berhemat dalam mana-mana kenyataan yang dibuat.

“Pemimpin tetap menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan bersama-sama pimpinan parti komponen dalam Pakatan Harapan dan menyokong sepenuhnya misi membina semula negara daripada kleptokrasi.

“Sebagai satu pasukan dalam Pakatan Harapan, kita akan memenuhi harapan demi kesejahteraan rakyat.

“Perjuangan kita untuk membina semula negara memerlukan gabungan yang utuh daripada semua lapisan kepimpinan bermula dari akar umbi.”

Selain Saifuddin kenyataan itu menyenaraikan juga nama Datuk Seri Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR), Datuk Marzuki Yahya (Setiausaha Agung Bersatu), Anuar Tahir (Setiausaha Agung Amanah) dan Anthony Loke (Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP). – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: