Serangan di Lapangan Terbang Tripoli, Libya. foto Agensi

GENEVA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk serangan udara hingga menyebabkan satu-satunya lapangan terbang yang berfungsi di ibu negara Libya, Tripoli, terpaksa ditutup.

Susulan itu, penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mitiga terpaksa digantung dan penumpang dipindahkan.

Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.

PBB menyalahkan serangan udara terhadap pasukan yang setia kepada Jenderal Khalifa Haftar, seorang komandan dari timur yang cuba mengawal ibu negara itu,

Laporan Reuters memetik jurucakap pasukan Jeneral Haftar sebagai berkata bahawa pesawat awam tidak disasarkan.

Jeneral Haftar yang mengetuai Tentera Kebangsaan Libya (LNA) mengisytiharkan serangan untuk mengawal Tripoli daripada kerajaan Amerika Syarikat yang disokong oleh PBB minggu lalu.

Perdana Menteri Fayez al-Serraj menuduh beliau cuba melakukan rampasan kuasa.

Sekurang-kurangnya 2,800 orang setakat ini melarikan diri daripada serangan di Tripoli, kata PBB. – MalaysiaGazette