Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir untuk didakwa berkaitan pertuduhan berhubung projek sistem solar sekolah luar bandar di Sarawak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 10 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – “Excuse me, excuse me.”

Itu gurauan Datin Seri Rosmah Mansor ketika tiba di Mahkamah Sesyen di sini kepada sekumpulan wakil media pagi ini.

Dalam suasana kelam kabut itu seorang jurugambar media terjatuh kerana terlanggar tong sampah dan Rosmah menjerit melihat insiden berkenaan.

Ketika sampai di pintu mahkamah, Rosmah ‘berpusing’ laluan tepi bagi mengelak dikerumun wakil media. “Susah sangat kan,” katanya sambil tersenyum.

Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu didakwa atas dua pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima rasuah RM1.5 juta dalam kes penyelewengan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh isteri Najib itu.

Rosmah menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 16(A)(a) Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pagi ini.

SPRM telah menahan beliau selama lima minit sebelum dilepaskan dengan jaminan semalam ketika beliau hadir ke pejabat SPRM bagi melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes solar pada jam 1.40 petang semalam.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

Rosmah didakwa pagi ini