Gelagat gembira calon BN, Datuk Mohamad Hasan ketika mendahului keputusan terkini tidak langsung Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di BN Command Centre, Rantau, Negeri Sembilan. foto AFFAN FAUZI, 13 APRIL 2019

PRK RANTAU – Kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau hari ini membawa mesej bahawa Pakatan Harapan (PH) telah ditolak oleh para pengundi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, catatan majoriti 4,510 undi yang diperoleh Tok Mat juga menunjukkan kecenderungan para pengundi  untuk meluahkan bahawa mereka tersalah memberi sokongan kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum yang lalu.

“Tok Mat juga ADUN paling sesuai untuk rakyat Rantau biarpun mereka berisiko mengundi calon pembangkang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here