Penyanyi, Khai Bahar dan Siti Nordiana bersama trofi selepas selepas dinobatkan pemenang Anugerah Top Top Lelaki Meletop dan Top Top Wanita Meletop pada Anugerah Meletop Era 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Penyanyi Khai Bahar berjaya mengekalkan kemenangan Top Top Meletop bagi kategori lelaki pada Anugerah MeleTop Era 2019 (AME 2019) yang berlangsung malam tadi.

Penyanyi Siti Nordiana pula menepati ramalan apabila berjaya memenangi Top Top Meletop bagi kategori wanita.

MGF21042019_ANUGERAH MELETOP ERA 201907
Pelakon, Suyafiq Kyle menyampaikan ucapan selepas dinobatkan pemenang Anugerah Bintang Filem Meletop pada Anugerah Meletop Era 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2019

Siti Nordiana atau Nana turut berjaya membawa pulang anugerah hos Meletop.

Sementara itu, pelakon Syafiq Kyle berjaya membawa pulang tiga trofi menerusi Anugerah Bintang Filem Meletop, Pelakon TV Meletop dan Fesyen Meletop.

MGF21042019_ANUGERAH MELETOP ERA 201968
Vokalis kumpulan Exist, Mamat dan Ezad (kanan) melakukan persembahan khas pada Anugerah Meletop Era 2019 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2019

Bagi kategori Lagu Meletop menyaksikan penyanyi Haqiem Rusli menang dengan lagunya Jatuh Bangun.

Dalam pada itu, anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri iaitu Yusoff Al Qardawi memenangi kategori Si Cilik Meletop.

MGF21042019_ANUGERAH MELETOP ERA 201908
Penyanyi, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah menyampaikan ucapan selepas dinobatkan pemenang Anugerah Duo Meletop pada Anugerah Meletop Era 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2019

Penerima Anugerah Khas AME 2019 pula dianugerahkan kepada Datuk M. Daud Kilau atau lebih dikenali sebagai Raja Gelek Malaysia di atas sumbangannya sebagai anak seni tanah air.

Senarai Pemenang AME 2019:
– Top Top MeleTOP Lelaki — Khai Bahar
– Top Top MeleTOP Wanita — Siti Nordiana
– Fesyen MeleTOP — Syafiq Kyle
– Si Cilik MeleTOP — Yusoff Al Qardawi
– Artis Baharu MeleTOP — Eyra Hazali
– Couple MeleTOP — Nur Fazura & Fattah Amin
– Program Radio MeleTOP — Johara Pagi ERA
– Grup/Duo MeleTOP — Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
– Penyanyi MeleTOP — Khai Bahar
– Lagu MeleTOP — Jatuh Bangun (Haqiem Rusli)
– Program MeleTOP — Sepahtu Reunion Live Al-Puasa
– Drama MeleTOP — Lelaki Kiriman Tuhan
– Pelakon TV MeleTOP — Syafiq Kyle
– Hos MeleTOP — Siti Nordiana
– Artis Lawak MeleTOP — Jep Sepahtu
– Penyampai Radio MeleTOP — Johan
– Filem MeleTOP — Munafik 2
– Bintang Filem MeleTOP — Syafiq Kyle
– Anugerah Khas MeleTOP — Dato’ M. Daud Kilau – MalaysiaGazette