Penduduk Pakisi bertindak membaling batu ke arah polis dalam tunjuk perasaan bagi membantah pembinaan loji jana kuasa. foto Agensi mengadakan protes dan polis bertempur

TBILISI – Polis Georgia terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan oleh penduduk di wilayah pergunungan yang menentang pembinaan loji kuasa hidro.

Kira-kira 300 orang penduduk Pakisi menyertai protes yang diadakan di perkampung Birkiani.

Penduduk mendakwa pembinaan loji itu akan merosakkan alam sekitar dan memaksa mereka meninggalkan kawasan tersebut.

Dalam kejadian itu beberapa penduduk dan anggota polis turut cedera. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan