KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini disebabkan kekurangan permintaan.

Pada jam 9.05 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1310 / 1360 berbanding dolar AS daripada 4.1300 / 1350 yang dicatatkan pada Isnin.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0456 / 0495 dari penutupan 3.0442 / 0490 pada Isnin, menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.6970 / 7018 daripada 3.6898 / 6946 dan jatuh berbanding euro kepada 4.6457 / 6518 daripada 4.6454 / 6506.

Walau bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3625 / 3710 daripada 5.3649 / 3726. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.