Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR – Seorang penceramah bebas yang ditahan di Arau Perlis hari ini, telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan kenyataan berusur penghinaan terhadap agama Hindu.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang mengesahkan perkara itu berkata, polis menerima sebanyak 790 laporan polis di seluruh negara berhubung klip video berkaitan di laman Youtube Info Sunnah Kelantan.

Sebelum ini, Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd mengesahkan pembantu kepada pendakwah Islam terkenal, Dr. Zakir Naik ditahan polis kerana didakwa menghina agama Hindu.

Muhammad Zamri Vinoth merupakan Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia Perlis, ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) di hadapan sebuah restoran di Arau kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

Noor Mushar memberitahu, siasatan dilakukan oleh Bukit Aman dan polis Perlis hanya melakukan tangkapan terhadap lelaki itu, lapor sebuah laman portal.

Abdul Hamid berkata, kes itu disiasat Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana melibatkan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci, niat jahat, memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Selain itu, siasatan membabitkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis juga sedang mengesan pemilik akaun Youtube Info Sunnah Kelantan bagi membantu siasatan.

Abdul Hamid menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi untuk memuat naik atau berkomgs apa jua bentuk provokasi yang boleh membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini. – MalaysiaGazette

 

https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/28/pembantu-zakir-naik-ditahan-didakwa-hina-agama-hindu/