Dua pelajar melepaskan tembakan dalam sekolah mengakibatkan 8 pelajar lain cedera di Colorado, AS.

HIGHLANDS RANCH- Dua pelajar melepaskan tembakan di sekolah sains dan teknologi berhampiran Denver mengakibatkan lapan pelajar lain tercedera pada Selasa.

Kedua-duanya telah ditahan pihak berkuasa.

Menurut Syerif Douglas, Tony Spurlock, beberapa mangsa berada dalam keadaan kritikan dan sedang menjalani pembedahan di hospital-hospital tempatan.

Tambahnya, motif kejadian masih disiasat,

Spurlock berkata, pejabat syerif Douglas mendengar beberapa das tembakan dari Sekolah Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Highlands Ranch yang terletak kira-kira 40 kilometer selatan Denver ketika mereka tiba untuk menyiasat aduan mengenai kejadian tembakan di situ.

Insiden itu berlaku kurang sebulan selepas ulangtahun ke-20 pembunuhan beramai-ramai di Columbine High School berhampiran Littleton yang terletak kira-kira 8km daripada sekolah STEM itu.

Pada 1999, dua pelajar Columbine menembak mati 13 orang sebelum membunuh diri. Kejadian tersebut masih kekal sebagai salah satu kes tembakan paling mengerikan dalam sejarah Amerika.- Agensi.