KUALA LUMPUR – Daripada bermain muzik di jalanan, kumpulan Caliph Busker kini tidak menyangka dapat menunjukkan bakat mereka kepada orang-orang ternama apatah di dalam istana.

Menerusi Instagram mereka, Caliph Busker memuat naik satu video sedang menyanyikan sebuah lagu mereka sambil disaksikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pengalaman tidak diduga itu berlaku ketika mereka sedang menunggu untuk membuat persembahan dalam satu majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan Permaisurinya.

Tiba-tiba mereka didatangi Tunku Azizah yang datang memberi salam dan berborak panjang dengan mereka.

Namun di akhir perbualan, barulah mereka dimaklumkan bahawa individu terbabit adalah Raja Permaisuri Agong.

Momen itu membuatkan mereka semua berasa begitu terharu kerana dapat meluangkan masa dengan Baginda. – MalaysiaGazette