Khalid al-Falih. foto Agensi

DUBAI – Dua stesen pam minyak untuk saluran paip Timur-Barat telah diserang oleh dron yang membawa bahan letupan.

Menteri Minyak Arab Saudi, Khalid al-Falih menyifatkan serangan itu sebagai “tindakan keganasan” yang mensasarkan bekalan minyak global.

Falih berkata, pengeluaran minyak dan minyak ditapis untuk eksport Arab Saudi masih diteruskan tanpa gangguan, tetapi syarikat minyak negara, Aramco telah menghentikan pengepaman minyak di saluran paip sementara kerosakan itu dinilai dan diperbaiki, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.